Brad Pitt pakai korset?

21 Mac Usianya yang makin lanjut telah menjadi punca kenaikan berat badan Brad Pitt yang kini mengalami masalah keyakinan diri, khasnya terhadap bahagian abdomennya yang sudah bertembah tembam.

Demi mengawal rupa dan bentuk perutnya, pelakon berusia 39 tahun itu dilaporkan memakai korset lelaki berjenama Spanx, yang memang terkenal dengan pakaian yang memberikan imej bentuk badan ideal.

Di samping korset, Spanx juga mempunyai pelbagai jenis baju kemaja dan singlet.

Sebelum ini juga, Pitt turut dikenali sebagai seseorang yang sangat mementingkan kecantikan luaran. Beliau pernah pada suatu ketika dulu membuat penyambungan rambut tetapi terpaksa berhenti berbuat sedemikian kerana menakutkan Angelina Jolie. Selain itu, Pitt juga gemar membuat rawatan kuku kaki pada setiap minggu.


Comments